Monday, September 23, 2013

Keangungan Kalam Allah (Al-Quran) Mengeggarkan Barat

    Al-Quran sememangnya KALAM ALLAH yang amat menakjubkan . Ia persis satu peta yang memiliki ‘kuasa’bagi mengubah manusia serta cara hidup mereka selama-lamanya . Ramai tokoh barat melalui pengalaman yang sama . Mereka berubah dan memeluk Islam selepas mengkaji Al-Quran .


    Antara tokoh yang memeluk Islam selepas menyedari hakikat ini adalah Dr.Jerald Frederick Dirks, seorang tokoh dari Kansas, Amerika . Dr.Jerald adalah seorang tokoh Kristian yang mendalami kitab Bible serta menguasai ilmu ketuhanan agama Kristian . Pada tahun 1974, beliau memperoleh ijazah Sarjana dalam Bidang Ketuhanan (Master of Divinity) daripada University Harvard . Seterusnya beliau memperoleh gelaran Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang psikologi daripada Universiti Denver . Beliau pernah memegang jawatan sebagai seorang paderi di gereja United Methodist, Kansas .
    Sebagai ilmuwan dalam agama Kristian, beliau menyedari terdapat beberapa masalah besar dalam ajaran agama Kristian . Salah satu daripadanya berkaitan dengan ketulenan kitab Bible . Bible yang wujud pada hari ini berbeza dengan Bible yang asal . Dr.Jerald tidak bersetuju dengan pendirian penganut Kristian yang mempercayai bahawa Bible adalah kalam Tuhan . Menurut Dr.Jerald, tidak semua isi Bible adalah kalam Tuhan . Bukti-bukti sahih menunjukkan bahawa sebahagiannya adalah tulisan manusia yang dimasukkan ke dalam Bible .



     Untuk pengetahuan anda….Injil dan Bible adalah berbeza…BERBEZA…Injil adalah kitab Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s . Namun, Injil yang asal akhirnya hilang dan penulisan semula kitab itu dilakukan oleh tokoh-tokoh Kristian . Ketika penulisan semula ini dilakukan,banyak idea dan konsep baru dimasukkan ke dalamnya . Hal ini disahkan oleh pakar-pakar Bible antaranya, Prof.Bruce Manning Metzger (Profesor Emeritus kitab Perjanjian Baru di Princeton Theological Seminary), dan Prof.Bart D.Ehrman (Profesor Kajian Agama di University North Carolina , Chapel Hill) . Ini menjadikan Bible berbeza sekiranya dibandingkan dengan kitab Injil yang asal . Dr.Jerald menyedari tentang hal ini . Akhirnya beliau berminat mengkaji agama Islam . Bagi tujuan itu, beliau mengkaji kitab terjemahan Al-Quran dalam bahasa inggeris . Mesej Al-Quran yang lengkap akhirnya menyakinkan beliau tentang kebenaran agama Islam . Pada tahun 1993, beliau memeluk agama Islam .




       
     Situasi yang sama juga berlaku kepada Dr.Maurice Bucaille, seorang pakar bedah yang terkenal dari Perancis. Beliau begitu kagum dengan  Al-Quran . Kesannya, beliau memeluk Islam dan menulis sebuah buku yang bertajuk The Bible,The Quran, snd Science .






    Demikian juga dengan Prof.Jeffrey Lang, seorang pakar matematik daripada Universiti Kansas, Amerika . Beliau memeluk Islam pada tahun 1982 selepas mengkaji Al-Quran . Pengalaman beliau mencari kebenaran melalui Al-Quran diceritakan dalam buku beliau bertajuk Even Angels Ask, A Journey to Islam in America .





     Seorang lagi tokoh yang mengagumi    Al-Quran adalah Dr.Gary Miller, seorang pakar matematik dari Toronto, Kanada . Beliau mendalami ilmu ketuhanan agama Kristian . Namun, pada tahun 1978, beliau berkesempatan mengkaji Al-Quran dan kajian itu merangsangnya memeluk Islam . Selepas memeluk Islam, beliau menghasilkan sebuah buku bertajuk The Amazing Quran .

     Prof.Periyadarshan dari India juga seorang pakar psikoterapi dan tokoh ateis yang terkenal di India . Beliau juga seorang professor jemputan Universiti California di Los Angeles . Akhbar arabnews.com melaporkan tentang beliau dalam laporan bertajuk Indian Atheist Embraces Islam pada 12 Mac 2010 . Beliau memeluk Islam selepas mengkaji dan menyakini bahawa hanya Islam sahaja agama yang benar berpandukan sebuah kitab autentik . Beliau menyakini Al-Quran datang daripada Allah SWT tanpa sebarang campur tangan daripada manusia .
  




Saturday, September 21, 2013

Kelebihan Orang Menghafal Al-Quran


Tahukah anda apa kelebihan menghafal Al-Quran ?


1.  Ganjaran Dunia


“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)


Orang yang mengahafal Al-Quran tidak semestinya mendapat ganjaran di akhirat semata-mata bahkan di dunia juga. Seperti didalam maksud hadis diatas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, penghafaz al-Quran merupakan kerabat Allah S.W.T di dunia dikalangan manusia dan juga hamba-hambanya yang terpilih. Bayangkan anda menjadi salah seorang kerabat kepada Raja segala Raja, sedangkan didunia ini kalau kerabat sultan pun dihormati,inikan pula kerabat Raja segala Raja.Tidak mahukah kita merebut peluang seperti ini?. Selain itu orang yang menghafal Al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin seperti di dalam maksud hadith riwayat muslim “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” dan banyak lagi ganjaran dan kelebihan di dunia bagi orang yang menghafal Al-Quran


2. Mayat Tidak Reput


Disebutkan oleh hadith Rasulullah S.A.W bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUKdan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati. 10 golongan tersebut ialah


a - Para Nabi
b - Para Syuhada'
c - Para Alim Ulama
d - Para Ahli Jihad
e - Para Hafiz Al-Quran
f - Imam atau pemimpin yang adil
g - Tukang Azan. 
h - Wanita yang mati kelahiran/beranak
i - Orang mati dibunuh atau dianiaya
j - Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang   beriman.


3. Ibu bapanya mendapat kemuliaan


Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)


4. Penghafaz al-Quran mendapat pengiktirafan dari Nabi Muhammad S.A.W


“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)


5. Penghafaz al-Quran mendapat pahala yang berlipat kali ganda.


Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)


6. Al-Quran menjanjikan kebaikan.


“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


7. Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)


Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)


Begitulah kelebihan-kelebihan bagi orang yang menghafal Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran itu wajib dipelajari bagi kita umat islam kerana didalam sembahyang pun kita membaca Al-Quran. Jadi marilah kita sama-sama membaca,menghafaz dan mengamalkannya agar kita mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T di dunia dan diakhirat - insya' Allah.


Firman Allah S.W.T yang bermaksud 

"Maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka." (Surah Thaha ayat 123)

Friday, September 20, 2013

Adab Membaca Al-Quran





Seseorang yang membaca Al-Quran seolah-olah ia berada di sisi Allah S.W.T dan bermunajat kepadaNya maka hendaklah menjaga adab-adab yang tertentu yang layak di sisi tuhan Yang Maha Agong lagi Maha Mulia. Ulamak-ulamak muktabar telah menggariskan beberapa adab sebagai panduan sepeti berikut:

1. Hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin kerana membaca Al-Quran adalah zikir yang paling afdal (utama) dari segala zikir yang lain.

2. Hendaklah membaca di tempat yang suci dan bersih yang layak dengan kebesaran Yang Maha Agong dan ketinggian Al-Quranul Karim. Para Ulamak berpendapat sunat membaca Al-Quran di Masjid iaitu tempat yang bersih dan mulia di samping dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktiqaf.

3. Hendaklah memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas.

4. Hendaklah bersugi dan membersihkan mulut. Melalui mulut tempat mengeluarkan suara menyebut ayat Al-Quran. Hadis Rasulullah s.a.w berbunyi:
      Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.

      Berkata Yazid bin Abdul Mallek:
      Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.
5. Hendaklah melahirkan di dalam ingatan bahawa apabila membaca Al-Quran seolah-olah berhadapan dengan Allah dan bacalah dalam keadaan seolah-olah melihat Allah S.W.T. Walaupun kita tidak dapat melihat Allah sesungguhnya Allah tetap melihat kita.

6. Hendaklah menjauhkan diri dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca Al-Quran.

7. Jangan bergurau dan bermain-main ketika sedang membaca Al-Quran.

8. Hendaklah berada dalam keadaan tenang dan duduk penuh tertib. Jika membaca dalam keadaan berdiri hendaklah atas sebab yang tidak dapat dielakkan adalah harus.

9. Setiap kali memulakan bacaan lebih dahulu hendaklah membaca Istiazah: (A'uzubillahiminasy-syaitannirrajim).
      Kerana memohon perlindungan dari Allah dari syaitan yang kena rejam.

10. Kemudian diikuti dengan membaca basmallah: (Bismillahirrahmanirrahim).
      Hendaklah membaca Bismillah itu pada tiap-tiap awal surah kecuali pada surah At-Taubah.

11. Hendaklah diulang kembali membaca Istiazah apabila terputus bacaan di luar daripada Al-Quran.

12. Hendaklah membaca dengan Tartil (memelihara hukum Tajwid). Secara tidak langsung menambah lagi minat kepada penghayatan ayat-ayat yang dibawa dan melahirkan kesan yang mendalam di dalam jiwa.
      Firman Allah S.W.T:

      Kami membaca Al-Quran itu dengan tartil.
(Surah Al-Furqan: 32)
      Hendaklah kamu membaca Al-Quran dengan tartil.
(Surah Al-Muzammmil: 4)


      Pengertian Tartil pada bahasa:

      Memperkatakan sesuatu perkara itu dengan tersusun dan dapat difahami serta tanpa gopoh-gopoh.

      Menurut Istilah Tajwid ialah membaca Al-Quran dalam tenang dan dapat melahirkan sebutan huruf dengan baik serta meletakkan bunyi setiap huruf tepat pada tempat-tempatnya.

      Saidina Ali k.w berkata:

      Pengertian tartil ialah mentajwidkan akan huruf-huruf Al-Quran dan mengetahui wakaf-wakafnya.

13. Hendaklah berusaha memahami ayat-ayat yang dibaca sehingga dapat mengetahui tujuan Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T.
      Allah S.W.T. berfirman:

      Inilah Al-Quran yang memimpin jalan yang lurus.
      (Surah Al-Israi’: 9)

      Firman Allah S.W.T.:

      Kami turunkan Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukminin.
(Surah Al-Isra’: 82)

      Firman Allah S.W.T. lagi:

      Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.
      (Surah Sad: 29)

14. Hendaklah menjaga hak tiap-tiap huruf sehingga jelas sebutannya kerana tiap-tiap satu huruf mengandungi sepuluh kebajikan. Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

      Diriwayatkan dari Tirmizi dari Abdullah bin Masud daripada Rasulullah s.a.w telah bersabda sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (Al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

15. Hendaklah membaca al-Quran mengikut tertib Mashaf. Dilarang membaca dengan cara yang tidak mengikut susunan kecuali diceraikan surah-surah dengan tujuan mengajar kanak-kanak adalah diharuskan.

16. Hendaklah berhenti mambaca apabila terasa mengantuk dan menguap kerana seseorang yang sedang membaca Al-Quran ia bermunajat kepada Allah dan apabila menguap akan terhalang munajat itu kerana perbuatan menguap adalah dari syaitan.
      Berkata Mujahid:
      Apabila kamu menguap ketika membaca Al-Quran maka berhentilah dari membaca sebagai menghormati Al-Quran sehingga selesai menguap.

17. Hendaklah meletakkan Al-Quran di riba atau di tempat yang tinggi dan jangan sekali-kali meletakkannya di lantai atau di tempat yang rendah. Sabda Rasulullah s.a.w berbunyi:
      Ubaidah Mulaiki r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 
      “Wahai kaum ahli-ahli Al-Quran jangan gunakan Al-Quran sebagai bantal tetapi hendaklah kamu membacanya dengan teratur siang dan malam.”

18. Hendaklah memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik.
      Sabda Nabi s.a.w dalam sebuah hadis:

      Telah bersabda Nabi Muhammad saw, hiasilah Al-Quran dengan suara-suara kamu.

19. Setiap bacaan hendaklah disudahi dengan membaca:
      (Sadaqallahul’azim).

20. Disunatkan berpuasa di hari khatam Al-Quran dan diikuti dengan mengumpul ahli keluarga dan sahabat handai bersama-sama di dalam hari khatam Al-Quran. Dalam sebuah hadis ada menjelaskan kelebihan orang yang telah khatam Al-Quran menerusi sebuah hadis yang berbunyi:
      Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w, sesiapa yang telah khatam Al-Quran baginya doa yang dimakbulkan.

Pahala Membaca Al-Quran




Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu dengan yang lain.


Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w:


Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda/; 

Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:


Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.



Sesiapa yang memelihara sembahyang fardu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat.



Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat.


Adapun pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w antaranya:


Sesiapa yang mambaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.



Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam kebuluran/kepapaan tidak akan menima dirinya.


Selain daripada pahala yang disebut sebelum ini, pahala membaca dalam solat dan pahala membaca dengan berwuduk lebihbesar ganjarannya daripada tidak berwuduk. Berpandukan Hadis Rasulullah s.a.w yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut:


1. Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap satu huruf seratus kebajikan.

2. Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan.

Kelebihan Al-Quran






Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.


Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.


Di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.


Al-Quran menjelaskan juga persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke syurga atau ke neraka.


Sebelum Al-Quran diturunkan ada banyak kitab suci dan suhuf yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Antara yang termasyhur ialah kitab Zabur yang diturunkan kepada nabi Daud a.s, kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa a.s, dan kitab Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.s tetapi tidak syak lagi bahawa Al-Quran adalah kitab yang paling utama dan termulia di sisi Allah S.W.T.


Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang berbunyi:


Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w: 

Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.

Al-Quran terpelihara dan susunannya tidak berubah-ubah dan tidak boleh dipinda atau dihapuskan. Walaupun banyak usaha dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah dan meminda isi kandungan Al-Quran atau memutar belit ayat-ayat dan surah-surah, setiap kali usaha itu dibuat ia tetap dapat diketahui termasuk juga usaha golongan-golongan kuffar.


Al-Quran adalah satu perlembagaan yang lengkap bagi semua aspek kehidupan, mengandungi semua yang dihajati oleh manusia walaupun sebahagian daripada huraiannya tidak terperinci. Tujuannya Allah menyuruh manusia menggunakan fikiran yang sihat dan sempurna untuk mencari dan mengkaji berpandukan saranan yang diberi oleh Allah S.W.T.


Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman:


Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.

(Surah Al-Maidah: 14 &15)

Firman Allah S.W.T lagi:

Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.

(Surah Al-Baqarah: 2)

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”

Kita dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungan Al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja, dengan itu kita mendapat faedah yang besar bukan sahaja pahala da keredhaan Allah tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan sehari-hari.

Membaca Al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir membaca Al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yang lain. Oleh itu membaca Al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:

Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim ( ibadat yang bukan wajib).

Membaca Al-Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada tiap-tiap orang Islam.



Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis berbunyi:

Sesungguhnya Al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh.

Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:

Daripada Ibnu Umar r.a berkata: 
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”


Wednesday, September 18, 2013

Al-Quran


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah mengatakan dalam kitab al ‘Aqidah al Wasithiyah:
Termasuk beriman kepada Allah dan kepada kitab-kitab Allah ialah, beriman bahwa alQur’an Kalam Allah yang diturunkan dan bukan makhluk. Dari Allah al Qur’an bermula dan kepada-Nya ia akan kembali. Dan sesungguhnya, Allah berbicara dengan al Qur’an ini secara hakiki.
Sesungguhnya al Qur’an yang telah Allah turunkan kepada Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam ini adalah perkataan Allah yang sebenarnya, bukan perkataan selain-Nya. Tidak boleh melepaskan kata-kata bahwa al Qur’an adalah hikayat dari kalam Allah atau ungkapan tentang kalam Allah. Bahkan apabila manusia membacanya atau menuliskannya dalam mushaf-mushaf, dengan itu al Qur’an tetap tidak keluar dari keadaannya sebagai kalam Allah yang sebenarnya. Sesungguhnya suatu perkataan hanya akan disandarkan secara hakiki kepada yang pertama kali mengatakannya, dan tidak disandarkan kepada orang yang mengatakannya sebagai penyampai. Al Qur’an adalah kalam Allah; baik huruf-hurufnya maupun makna-maknanya. Kalam Allah bukan hanya huruf-huruf saja tanpa makna, dan bukan pula makna-makna saja tanpa huruf. (Lihat Syarh al ‘Aqidah al Wasithiyah, Syaikh Shalih bin Fauzan al Fauzan).
Senada dengan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah, yaitu perkataan Imam Thahawi rahimahullah. Beliau berkata:
“ Sesungguhnya al Qur’an adalah kalam Allah, dari-Nya ia muncul sebagai perkataan, tanpa boleh dipertanyakan kaifiyah (bentuk)nya. Allah telah turunkannya kepada Rasul-Nya sebagai wahyu. Kaum Mukminin mempercayai al Qur’an benar-benar demikian keadaannya, dan mereka meyakini bahwa al Qur’an kalam Allah yang sebenarnya; ia bukan makhluk seperti perkataan manusia. Maka barangsiapa yang mendengar al Qur’an, lalu ia beranggapan bahwa al Qur’an adalah perkataan manusia, maka ia kafir; Allah mencelanya , mencacatnya dan mengancamnya dengan Neraka Saqar, karena Allah Ta’ala berfirman : (Orang kafir itu berkata):”Al Qur’an ini tidak lain hanyalah perkataan manusia”. (QS. al Muddatstsir:25)
Kita memahami dan kita meyakini bahwa, al Qur’an itu adalah perkataan Pencipta manusia, tidak serupa dengan perkataan manusia. (Lihat Syarh al ‘Aqidah ath Thahawiyah, Imam Ibnu Abi al Izz al Hanafi;Tahqiq wa Muraja’ah: Jama’ah minal Ulama; Takhrij:Syaikh al Albani).
Pensyarah kitab al ‘Aqidah ath Thahawiyah, yaitu Imam Ibnu Abi al Izz al Hanafi rahimahullah, terhadap apa yang dikatakan Imam Thahawi rahimahullah, ia mengatakan : “Ini merupakan kaidah dan pokok yang mulia dan agung di antara pokokpokok agama. Banyak kelompok manusia yang tersesat dalam masalah ini. Apa yang dikatakan oleh Imam Thahawi ini merupakan kebenaran yang telah dibuktikan oleh dalildalil al Qur’an dan as Sunnah bagi siapa saja yang merenungkannya. Juga telah disaksikan oleh fitrah-fitrah sehat, fitrah yang belum mengalami perubahan akibat syubhatsyubhat, keragu-raguan dan pendapat-pendapat batil.”(Lihat Syarh al ‘Aqidah ath Thahawiyah, Imam Ibnu Abi al Izz al Hanafi;Tahqiq wa Muraja’ah: Jama’ah minal Ulama; Takhrij:Syaikh al Albani). Demikianlah madzhab Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.
Pandangan Kelompok Ahli Bid’ah Tentang Al Qur’an dan Kalam Allah
Di bawah ini pemaparan Syaikh Shalih al Fauzan hafidhahullah secara garis besar (diterjemahkan secara rinngkas dan bebas, Pen) tentang beberapa perkataan kelompok ahli bid’ah mengenai al Qur’an dan kalam Allah. Beliau menyebutkan sebagai berikut. (Lihat Syarh al ‘Aqidah al Wasithiyah, Syaikh Shalih bin Fauzan al Fauzan, hlm 136-139).
Pertama : Perkataan Jahmiyah
Mereka mengatakan, bahwa Allah tidak berbicara, tetapi Allah menciptakan perkataan pada diri selain-Nya dan menjadikan yang selain-Nya itu menjadi pengungkap perkataan Allah. Disebutkan suatu perkataan sebagai perkataan Allah menurut mereka-adalah majaz (kiasan), bukan hakiki, sebab Allah lah yang telah menciptakan perkataan itu, sehingga Dia disebut sebagai Yang berkata, karena Dialah pencipta perkataan itu pada diri selain-Nya.
Perkataan Jahmiyah ini batil, bertentangan dengan dalil-dalil sam’i (al Qur’an dan as Sunnah) maupun dalil-dalil akal. Juga bertentangan dengan perkataan para salaf dan imam-imam kaum Muslimin. Karena sesungguhnya tidaklah masuk akal seseorang disebut sebagai orang yang berkata, kecuali jika perkataan itu benar-benar ada pada dirinya. Bagaimana mungkin Allah disebut telah berkata, padahal yang berkata adalah selain Allah? Bagaimana mungkin disebut perkataan Allah, padahal ia adalah perkataan selain-Nya?
Perkataan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah di atas, bahwa “dari Allah al Qur’an bermula dan kepada-Nya ia kembali. Dan sesungguhnya Allah berbicara dengan al Qur’an ini secara hakiki. Sesungguhnya al Qur’an yang telah Allah turunkan kepada Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam ini adalah perkataan Allah yang sebenarnya, bukan perkataan selain-Nya”.
Maksud Syaikhul Islam dengan perkataan ini adalah, untuk membantah orangorang Jahmiyah yang mengatakan bahwa al Qur’an bermula dari selain Allah, dan bahwa Allah tidak berbicara dengan al Qur’an itu secara hakiki, tetapi majaz. Al Qur’an (menurut mereka) adalah perkataan selain Allah yang disandarkan sebagai perkataan Allah karena Dialah Penciptanya.
Kedua : Perkataan Kullabiyah, para pengikut ‘Abdullah bin Sa’id bin Kullab
Mereka beranggapan bahwa al Qur’an merupakan hikayat dari kalam Allah. Karena kalam Allah menurut mereka adalah ma’na yang ada pada Dzat Allah yang senantiasa tetap pada-Nya, sebagaimana tetapnya sifat hidup dan sifat ilmu pada Dzat Allah. Tidak berkaitan dengan kehendak dan iradah Allah. Makna yang ada pada Dzat Allah ini bukan makhluk. Tetapi lafadz-lafadz yang keluar yang terdiri dari huruf dan suara adalah makhluk. Lafadz-lafadz ini merupakan hikayat dari kalam Allah, dan bukan kalam Allah itu sendiri.
Ketiga : Perkataan kaum Asy’ariyah, orangorang yang mengaku pengikut Imam Abu al Hasan al Asy’ari rahimahullah
Mereka mengatakan bahwa al Qur’an adalah ungkapan tentang kalam Allah. Sebab kalam Allah menurut mereka adalah: Ma’na yang ada pada dzat Allah. Ma’na ini bukan makhluk. Adapun lafadz-lafadz yang dibaca, merupakan ungkapan tentang makna yang ada pada Dzat Allah.
Lafadz-lafadz ini adalah makhluk. Ia merupakan ungkapan dari kalam Allah dan tidak dikatakan hikayat dari kalam Allah.
Sebagian ulama menga t akan, perselisihan pendapat antara Asy’ariyah dengan Kullabiyah hanyalah perselisihan secara redaksional saja. Sebenarnya tidak ada perselisihan di dalamnya. Sebab, baik Asy’ariyah maupun Kullabiyah sama-sama mengatakan bahwa al Qur’an terdiri dari dua macam. Yaitu, terdiri dari lafadz dan makna. Lafadznya adalah makhluk, yakni lafadzlafadz yang ada dan dibaca ini.
Sedangkan maknanya bersifat qadim (sejak dahulu) ; ia ada pada Dzat Allah. Ia merupakan makna yang satu, tidak dapat terbagi-bagi dan tidak dapat berbilang. Ini bukan makhluk. Inti perkataan Asy’ariyah dan perkataan Kullabiyah, andaikata tidak dapat dikatakan sama, maka paling tidak saling berdekatan.
Kedua pendapat ini sama-sama batil. Sebab al Qur’an tidak dapat dikatakan hikayat dari kalam Allah seperti perkataan Kullabiyah, dan tidak dapat pula dikatakan ungkapan dari kalam Allah seperti perkataan Asy’ariyah. Bahkan al Qur’an adalah kalam Allah itu sendiri, baik lafadz maupun maknanya, dimanapun didapatkan, baik di hafal dalam dada-dada manusia maupun ditulis dalam mushaf-mushaf. Al Qur’an tetap merupakan kalam Allah yang sebenarnya, bukan makhluk.
Keempat : Perkataan Mu’tazilah
Mereka mengatakan bahwa, kalam Allah hanyalah huruf tanpa makna. Menurut mereka, apa yang disebut perkataan atau kalam, ketika dinyatakan secara mutlak hanyalah nama bagi suatu lafadz saja.
Sedangkan makna bukan merupakan bagian dari apa yang disebut kalam. Makna hanyalah sesuatu yang ditunjukkan oleh apa yang disebut kalam.
Pendapat Mu’tazilah ini merupakan kebalikan dari pendapat Asy’ariyah dan Kullabiyah yang mengatakan, bahwa kalam Allah adalah makna saja tanpa huruf. Demikian secara ringkas pemaparan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah.
KESIMPULAN
Semua pernyataan kelompok di atas adalah batil. Yang benar ialah pernyataan Ahlus Sunnah sebagaimana yang dikatakan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan Imam Thahawi di atas. Salah satu dalilnya, ialah seperti yang dikemukakan oleh Syaikh Shalih al Fauzan, yaitu firman Allah:
“Dan jika seseorang dari orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar kalam Allah.” (QS. at Taubah:6)
Maksud mendengar pada ayat ini, yaitu mendengar melalui bacaan Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam yang kedudukannya sebagai penyampai. Sedangkan bacaan al Qur’an dari Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam yang didengar itu tetap disebut kalam Allah. Maka hal ini membuktikan bahwa perkataan hanyalah dinisbatkan kepada yang mengucapkannya pertama kali sejak semula mengatakannya. Bukan dinisbatkan kepada penyampainya. (Lihat Syarh al’Aqidah al Wasithiyah, Syaikh Shalih bin Fauzan al Fauzan, hlm 138).
Imam Syafi’i rahimahullah juga mengatakan bahwa al Qur’an adalah kalam Allah, bukan makhluk. Dan barangsiapa yang mengatakan al Qur’an makhluk, maka ia kafir. Imam Ahmad bin Hanbal pun mengatakan hal sama dalam Ushulus Sunnah. (Lihat catatan kaki dari kitab Ushulus Sunnah, Imam Ahmad dari riwayat ‘Abdus bin Malik al Aththar, Syarh dan Ta’liq: al Walid bin Muhammad Nabih bin Saif an Nashr. Taqdim dan Ta’liq:Syaikh Muhammad bin ‘Id al Abbasi). Demikianlah madzhab Ahlus Sunnah tentang al Qur’an dan tentang kalam Allah. Wallahu Waliyyut Taufiq.