Al-Quran sememangnya KALAM ALLAH yang amat
menakjubkan . Ia persis satu peta yang memiliki ‘kuasa’bagi mengubah manusia
serta cara hidup mereka selama-lamanya . Ramai tokoh barat melalui pengalaman
yang sama . Mereka berubah dan memeluk Islam selepas mengkaji Al-Quran .

Antara tokoh yang memeluk Islam selepas
menyedari hakikat ini adalah Dr.Jerald Frederick Dirks, seorang tokoh dari
Kansas, Amerika . Dr.Jerald adalah seorang tokoh Kristian yang mendalami kitab
Bible serta menguasai ilmu ketuhanan agama Kristian . Pada tahun 1974, beliau
memperoleh ijazah Sarjana dalam Bidang Ketuhanan (Master of Divinity) daripada
University Harvard . Seterusnya beliau memperoleh gelaran Doktor Falsafah (PhD)
dalam bidang psikologi daripada Universiti Denver . Beliau pernah memegang
jawatan sebagai seorang paderi di gereja United Methodist, Kansas .
Sebagai ilmuwan dalam agama Kristian, beliau
menyedari terdapat beberapa masalah besar dalam ajaran agama Kristian . Salah
satu daripadanya berkaitan dengan ketulenan kitab Bible . Bible yang wujud pada
hari ini berbeza dengan Bible yang asal . Dr.Jerald tidak bersetuju dengan
pendirian penganut Kristian yang mempercayai bahawa Bible adalah kalam Tuhan
. Menurut Dr.Jerald, tidak semua isi Bible adalah kalam Tuhan . Bukti-bukti sahih
menunjukkan bahawa sebahagiannya adalah tulisan manusia yang dimasukkan ke
dalam Bible .
Untuk pengetahuan anda….Injil dan Bible
adalah berbeza…BERBEZA…Injil adalah kitab Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s . Namun, Injil yang asal akhirnya hilang dan penulisan semula kitab itu
dilakukan oleh tokoh-tokoh Kristian . Ketika penulisan semula ini dilakukan,banyak idea dan konsep baru dimasukkan ke dalamnya . Hal ini disahkan oleh
pakar-pakar Bible antaranya, Prof.Bruce Manning Metzger (Profesor Emeritus
kitab Perjanjian Baru di Princeton Theological Seminary), dan Prof.Bart
D.Ehrman (Profesor Kajian Agama di University North Carolina , Chapel Hill)
. Ini menjadikan Bible berbeza sekiranya dibandingkan dengan kitab Injil yang
asal . Dr.Jerald menyedari tentang hal ini . Akhirnya beliau berminat mengkaji
agama Islam . Bagi tujuan itu, beliau mengkaji kitab terjemahan Al-Quran
dalam bahasa inggeris . Mesej Al-Quran yang lengkap akhirnya menyakinkan beliau tentang
kebenaran agama Islam . Pada tahun 1993, beliau memeluk agama Islam .Situasi yang sama juga berlaku kepada Dr.Maurice Bucaille, seorang pakar bedah yang terkenal dari Perancis. Beliau begitu kagum dengan Al-Quran . Kesannya, beliau memeluk Islam dan menulis sebuah buku yang bertajuk The Bible,The Quran, snd Science .
Demikian juga dengan Prof.Jeffrey Lang,
seorang pakar matematik daripada Universiti Kansas, Amerika . Beliau memeluk
Islam pada tahun 1982 selepas mengkaji Al-Quran . Pengalaman beliau mencari
kebenaran melalui Al-Quran diceritakan dalam buku beliau bertajuk Even Angels
Ask, A Journey to Islam in America .

Seorang lagi tokoh yang mengagumi Al-Quran adalah
Dr.Gary Miller, seorang pakar matematik dari Toronto, Kanada . Beliau mendalami
ilmu ketuhanan agama Kristian . Namun, pada tahun 1978, beliau berkesempatan
mengkaji Al-Quran dan kajian itu merangsangnya memeluk Islam . Selepas memeluk
Islam, beliau menghasilkan sebuah buku bertajuk The Amazing Quran .Prof.Periyadarshan dari India juga seorang pakar psikoterapi dan tokoh ateis yang terkenal di India . Beliau juga seorang professor jemputan Universiti California di Los Angeles . Akhbar arabnews.com melaporkan tentang beliau dalam laporan bertajuk Indian Atheist Embraces Islam pada 12 Mac 2010 . Beliau memeluk Islam selepas mengkaji dan menyakini bahawa hanya Islam sahaja agama yang benar berpandukan sebuah kitab autentik . Beliau menyakini Al-Quran datang daripada Allah SWT tanpa sebarang campur tangan daripada manusia .





No comments:
Post a Comment