Monday, January 27, 2014

Makanan yang disyorkan oleh Al Quran


Semua umat Islam memahami bahawa mereka dibenarkan untuk makan daging binatang, sayur-sayuran, buah-buahan dan hasil laut dengan beberapa syarat oleh Agama Islam. Adakah Islam menyeru, memaksa, mewajibkan atau mensyaratkan umatnya untuk makan daging binatang dan hasil laut ? Tidak !

Islam hanya membenarkan umatnya untuk memakan daging binatang dan kehidupan lain dengan beberapa syarat. Membenarkan bererti boleh tetapi tidak wajib dan tidak semestinya. Di benarkan untuk makan bererti boleh melakukannya dan tidak berdosa. Dengan memberi kebenaran ia tidak bererti Islam memaksa atau menggalakkan umatnya untuk makan daging kehidupan yang lain. Memakan daging binatang dan hasil kehidupan air dibenarkan kerana penduduk yang tinggal di tanah gurun, padang pasir dan kutub utara tidak dapat bercucuk tanam; pokok dan tumbuh-tumbuhan tidak akan hidup di kawasan tersebut. Mereka yang hidup di situ , tidak ada pilihan lain untuk terus hidup, kecuali mereka makan daging binatang atau kehidupan air.

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa.  2:173

Al Quran hanya menggalakkan Umat Islam untuk makan buah-buahan sahaja. Banyak ayat-ayat Al Quran menggalakkan umat Islam untuk makan buah-buahan dan hasil cucuk tanam yang bersih dan suci.

Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan. Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan kami pancarkan padanya beberapa matair, Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkan mereka tidak bersyukur?  36 : 33 – 36 : 35
Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.  23 : 19

Buah-buahan makanan di syurga
Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki; 36:57
Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka.   47 : 15
Mereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum, Iaitu buah-buahan (yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan  37:41-37:42
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini. (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur;  78 : 32
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, Dan naungan yang tetap terbentang, Dan air yang sentiasa mengalir, Serta buah-buahan yang banyak 56 : 28 -56 : 32
(Mereka akan bersukaria) dalam Syurga itu sambil berbaring (di atas pelamin); mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai jenisnya dan rasa kelazatannya.  38 : 51

Di ayat-ayat di atas dan banyak lagi ayat Al Quran  Allah SWT menjanjikan buah-buahan sebagai ganjaran bagi penduduk syurga. Buah-buahan adalah makanan yang akan diberikan kepada penduduk-penduduk syurga. Beberapa ayat mengatakan penduduk Syurga akan diberi makan buah-buahan sama seperti yang diberikan kepada mereka di bumi.
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu” ; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya,  2:25

Allah menurunkan buah-buahan sebagai makanan kepada Maryam :
Nabi Zakaria bertanya:  “Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?” Maryam menjawab;  “Ialah dari Allah”, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira.

Tiada satu ayat Al Quran yang menggalakkan umat Islam untuk memakan daging binatang atau hasil laut. Walau pun di syurga Allah tidak pernah menjanjikan, daging sebagai makanan.
Daging binatang dan hasil lautan tidak dilarang dan boleh dimakan oleh Penganut Agama Islam tetapi Islam tidak menggalakkannya. Agama Islam hanya  menggalakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan hasil cucuk tanam untuk dimakan penganut Agama Islam tetapi daging binatang dan kehidupan air dibenarkan juga.


Petikan dari: Makanan yang dishorkan oleh Al Quran | RahsiaAlam. com 

No comments: